10 pasukan rebut juara Piala ADUN Bukit Katil

Selamat berjuang....

10 pasukan rebut juara Piala ADUN Bukit Katil

BUKIT KATIL 19 Feb – Sebanyak 10 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara dalam Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Katil.

Terdapat tiga acara sukan yang dipertandingkan dalam merebut piala berkenaan iaitu acara sukan boling, sepak takraw dan bola sepak.

Upacara perasmian piala tersebut dilancarkan sendiri Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari yang juga ADUN Bukit Katil.

Adly Zahari berkata, semua peringkat DUN berusaha untuk menganjurkan pelbagai program sukan bagi mencungkil bakat baharu selain menarik golongan belia untuk menyertai aktiviti sihat.

Katanya, menerusi program kesukanan, aktiviti itu dapat merapatkan lagi kerjasama antara penduduk terutama dalam kalangan belia selain menyokong aspek kesihatan rakyat.

“Di kawasan kampung, belia sebenarnya mempunyai tahap kemampuan dan keupayaan tinggi.

“Kalau kita tengok belia merempit, sebenarnya bukan (aktiviti) rempit itu satu isu, sebaliknya belia mempunyai tahap keberanian yang tinggi.

“Kalau kita pandai arah mereka, mereka boleh jadi ‘talent’ yang cukup besar dan mungkin boleh pergi jauh dalam bidang tertentu,” katanya ketika berucap dalam pelancaran program berkenaan.

Dalam pelancaran program berkenaan, Adly turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM2,000 kepada setiap pasukan bagi persiapan menghadapi acara masing-masing.

CATEGORIES