10 pegawai PERZIM lawat PERPUSTAM

10 pegawai PERZIM lawat PERPUSTAM

BUKIT BARU 25 Jan. – Seramai 10 pegawai Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) mengadakan lawatan penanda aras dan khidmat nasihat ke Perbadanan Perpustakaan Awam Melaka (PERPUSTAM), baru-baru ini.

Lawatan diketuai Pengurus Besar PERZIM, Fadhilah Md. Salleh bersama sembilan kurator dari jabatan itu adalah untuk mendapatkan khidmat nasihat bagi tujuan memantapkan lagi perkhidmatan Pusat Dokumentasi PERZIM.

Menurut Fadhilah, Pusat Dokumentasi PERZIM terdiri bahan bacaan seperti buku serta rujukan yang lain akan ditempatkan
di Aras 4, Muzium Rakyat dan dijangka dibuka pada pertengahan tahun ini.

“Kami mengadakan lawatan ini bagi menjalinkan kerjasama pintar dengan mengadakan perbincangan bersama PERPUSTAM terutama melaksanakan pendigitalan bahan perpustakaan.

“Ini kerana PERPUSTAM punyai kepakaran dalam bidang berkenaan serta bidang kepustakawanan, sekali gus dapat
membantu kami membuat dokumentasi bahan perpustakaan yang kini sudah mencecah hampir 13,000 naskhah bahan bacaan termasuk manuskrip,” katanya.

Fadhilah berkata, melalui kerjasama pintar antara PERPUSTAM dan PERZIM, ia secara tidak langsung dapat membantu PERZIM dalam memelihara dan mengkekalkan koleksi bahan bacaan
dalam bentuk digital.

“Ia sekali gus dapat memastikan bahan yang ada di Pusat Dokumentasi PERZIM dapat dikesan dengan lebih cepat dan
dapat menjimatkan masa kepada pengkaji yang datang membuat rujukan dan kajian,” katanya.

CATEGORIES