11 bintang tidak beraksi pada Piala Dunia FIFA 2018

11 bintang tidak beraksi pada Piala Dunia FIFA 2018

 

 

PENTAS Piala Dunia FIFA menyaksikan penyusunan pasukan lebih teratur untuk meraih gelaran ‘raja’ bola sepak dunia. Perubahan demi perubahan dilakukan hingga menyaksikan beberapa pemain kelas dunia terpaksa digugurkan dan slotnya diganti dengan pemain lain yang lebih berkualiti. Berikut adalah 11 pemain yang tidak tersenarai, walaupun mereka telah membuktikan kelayakan tersendiri.

Penjaga gol- Joe Hart (England)

Selepas dipinjamkan ke West Ham, pemain ini hanya beraksi dalam lapan perlawanan sepanjang 2018 membuatkan Gareth Southgate tidak punyai alasan lain untuk mengugurkan beliau dari skuad England.

Pemain pertahanan – Marcos Alonso (Spain)

Sepanjang musimnya ‘suam-suam kukunya’ bersama Chelsea, Alonso menjadi antara pemain yang tidak mencapai sasaran selain hanya menjaringkan tujuh gol pada saingan Liga Perdana Inggeris, walaupun bermain di posisi pertahanan. Penguguran Alonso ke Russia nyata mengejutkan selepas dimaklumkan Spain memerlukan pemain yang lebih berpengalaman kali ini.

Pemain pertahanan – David Luiz (Brazil)

Anak buah Antonio Conte ini merupakan antara bintang yang disebut bakal mengisi tiket ke Russia.
Tetapi, disingkirkan kerana tidak beraksi lebih tiga bulan di Chelsea, bagaimanapun ini bukan kali pertama Luiz tidak dipilih Brazil membarisi negara berkenaan.

Pemain pertahanan – Laporte (France)

Peluang Laporte melakukan aksi seniornya bersama France dilihat malap, namun ia bukan satu kejutan.
Pemain ini telah disenaraikan dalam pasukan semasa saingan kelayakan Piala Dunia pada September 2017, tetapi tidak diberi peluang atas beberapa faktor.

Pemain tengah – Fabinho (Brazil)

Biarpun pernah menghasilkan beberapa jaringan terbaik dalam beberapa musim sepanjang karier di Monaco, pemain ini tidak dipilih biarpun telah dipanggil Brazil.

Pemain Tengah- Jack Wilshere (England)

Penguguran Wilshere dari skuad England dilihat sebagai satu kerugian selepas kembalinya prestasi beliau di Arsenal bagi musim 2017/2018. Namun, ia masih tidak mencukupi untuk mengunci slotnya ke Russia bagi skuad England berdasarkan beberapa faktor dan spekulasi.

Pemain Tengah – Radja Nainggolan (Belgium)

Ramai tidak menyangka pemain ini gagal memperoleh ruang beraksi di Belgium, biarpun punyai hubungan baik bersama pengurus, Roberto Martinez. Selepas tidak mendapat slot, pemain ini mengumumkan persaraannya di peringkat antarabangsa.

Pemain Tengah – Leroy Sane (Jerman)

Pemain yang pernah menjulang Pemain Muda Tahunan PFA setelah menjaringkan 14 gol dan membantu 19 jaringan dalam semua perlawanan bersama Manchester City musim lepas adalah suatu tidak dapat diterima setelah Jerman mengumumkan skuad akhirnya pada 4 Jun lalu. Bagaimanapun, ia adalah pilihan yang amat kritikal perlu dibuat antara Sane dan Jullian Brandt (Bayer Leverkusen) dan Jerman memilih Brandt.

Penyerang – Anthony Martial (France)

Pemain berumur 22 tahun ini yang mempunyai musim yang teruk bersama Manchester United tidak dipilih atas beberapa faktor.

Penyerang – Mauro Icardi (Argentina)

Walaupun menjaringkan 29 gol daripada 34 perlawanan bersama Inter Milan pada musim 2017/2018, Icardi tidak dipilih Argentina yang sudah mempunyai jentera pembunuh seperti Lionel Messi, Sergio Aguero, Paulo Dybala dan Gonzalo Higuain.

Penyerang – Alvaro Morata (Spain)

Pemain ini sedang melalui detik yang sukar selepas berpindah ke Chelsea dan gagal mendapatkan rentak dengan hanya 11 gol dalam saingan Liga Perdan Inggeris daripada 31 perlawanan. Bagaimanapun, Morata mempunyai sejarah jaringan yang mengagumkan bersama Spain dengan 12 jaringan daripada 17 aksinya pada tahun 2016 dan 2017 termasuk tiga gol di Piala Euro. Namun, ia masih tidak mencukupi untuk melayakkannya bersama Spain ke Russia.

CATEGORIES
TAGS