117 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini

117 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini

KUALA LUMPUR 18 Mac – Sebanyak 117 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan setakat 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 790 kes, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata 80 daripada 117 kes baharu itu berkaitan kluster perhimpunan tabligh di Masjid Sri Petaling, baru-baru ini.

“Sehingga kini, sebanyak 15 kes positif COVID-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

CATEGORIES