15 agensi korporat bayar zakat perniagaan RM2.2 juta

15 agensi korporat bayar zakat perniagaan RM2.2 juta

 

TIMBALAN Presiden Kanan II Bank Pembangunan Malaysia Berhad, Noor Azmi Nakim menyampaikan zakat perniagaan RM500,000 kepada Adly.

AYER KEROH 25 Okt. – Sebanyak RM2,212,593.53 zakat perniagaan telah diserahkan kepada Ketua Menteri, Adly Zahari melibatkan 15 buah korporat.

Majlis Penulasan Zakat Perniagaan tersebut telah diadakan di Hotel Muzaffar di sini, hari ini.

Agensi yang melunaskan zakat perniagaan tertinggi adalah Bank Pembangunan Malaysia Berhad (RM500,00) diikuti syarikat QS Brands (M) Holdings Sdn. Bhd. (RM309,239.90).

Sementara Fazil Agency melunaskan zakat perniagaan (RM300.199), Telekom Malaysia (TM) Berhad (RM249,008) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) sebanyak RM200,000.

Pembangunan Pertanian Melaka Sdn. Bhd. pula melunaskan zakat perniagaan sebanyak RM150,00, Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sejumlah RM139.071.13.

Pada majlis itu juga, Rakyat Holdings Sdn. Bhd. turut menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM100,000, Rural Capital Berhad (RM53,008) dan Koperasi Co-Opbank Persatuan Malaysia Berhad sebanyak RM51,985.50.

Diikuti Tekun Nasional (RM49,663), Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (RM37,419) dan Melaka Sentral RM35,000.

Adly turut menerima zakat perniagaan Koperasi Pegawai Kerajaan Negeri Melaka Berhad sebanyak RM20,000 & Sinar Haemodialysis Sdn. Bhd. (18,000).

Turut hadir, Timbalan Pengerusi MAIM, Datuk Wira Yaakub Md. Amin dan Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka, Abdul Halim Ismail.

 

CATEGORIES