16 sekolah terima 300 set uniform Kor Kadet Polis

16 sekolah terima 300 set uniform Kor Kadet Polis

DURIAN DAUN 14 Feb. – Sebanyak 16 buah sekolah peringkat Daerah Melaka Tengah menerima 300 set uniform Kor Kadet Polis
bernilai RM30,000.

Ianya sumbangan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Lions Club Melaka di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Perempuan di sini, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner (ACP) Afzanizar Ahmad berkata, sumbangan tersebut merupakan penambahan selain sumbangan yang dibekalkan oleh Polis
Diraja Malaysia (PDRM) sendiri.

Jelasnya, pemberian itu dilihat menjadi momentum dan membentuk sinergi kepada pelajar dan sekolah yang terlibat untuk terus aktif memperkasakan Kor Kadet Polis.

“Sumbangan ini merupakan usaha murni yang perlu dipuji dan dijadikan contoh kepada NGO yang lain untuk turut sama menyumbang khasnya dalam konteks pembentukan modal
insan melibatkan golongan pelajar,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Penyerahan Uniform Kor Kadet Polis Sekolah Peringkat Daerah Melaka Tengah di sini, hari ini.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Melaka Tengah, Abdul Halim Abdul Malek dan Pengerusi Lions Club Melaka, Vincent Liaw Fai Onn.

Jelas Azfanizar, di Melaka Tengah terdapat 34 buah sekolah yang punyai Kor Kadet Polis dan seramai 2,580 pelajar berdaftar di bawah kelab tersebut.

CATEGORIES