17 das tembakkan meriam sempena sambutan Hari Jadi TYT

17 das tembakkan meriam sempena sambutan Hari Jadi TYT

MOHD Khalil memberi tabik hormat di Istiadat Kawalan Kehormatan Utama sebelum Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi sesi pertama berlangsung.

AYER KEROH 13 Sept. – Sebanyak 17 das tembakan meriam dilepaskan sebagai simbolik sempena sempena Sambutan Hari Jadi Rasmi Yang Ke-80, Gabenor Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob di Seri Negeri di sini, hari ini.

Tembakkan meriam dilepaskan semasa Istiadat Kawalan Kehormatan Utama sebelum Istiadat Penganugerahan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka bagi sesi pertama berlangsung.

Tembakan meriam dilepaskan oleh 41 Bateri Rejimen Artileri Diraja (Istiadat), Kem Sungai Buloh yang diketuai oleh Mej. Mohammad Asri Che Wil.

Di majlis itu, Tun Mohd Khalil juga turut berkenan menerima tabik hormat dan memeriksa perbarisan dan kawalan kehormatan

Turut hadir isteri Mohd Khalil, Toh Puan Zurina Kassim dan Ketua Menteri, Adly Zahari serta isteri Dalilah Awaludin.

Istiadat Kawalan Kehormatan Utama terdiri daripada 3 Pegawai dan 103 Anggota Lain-Lain Pangkat dari Batalion Kelima Belas Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Senawang, Negeri Sembilan dengan diketuai oleh Mejar Mohamad Iskandar Mahayudin.

Pegawai Panji-Panji adalah Leftenan Muhamad Nur Azam Ghazali dan Sarjan Mejar Rejimen, Pegawai Waren 1, Norhaszlan Mohd Husin.

Istiadat diiringi oleh Pancaragam Iringan dari Batalion Ke-2 Kor Armor DiRaja (2 KAD) diketuai oleh Pegawai Waren 2 Midi Baluah dari Kem Sunggala, Port Dickson, Negeri Sembilan.

CATEGORIES