2020 CHAN: Juara bertahan Maghribi berada dalam Kumpulan C

RABAT 18 Feb. — Juara bertahan Maghribi berada dalam Kumpulan C bersama Rwanda, Uganda dan Togo dalam Kejohanan Negara-negara Afrika 2020 (2020 CHAN).
Agensi berita Xinhua melaporkan Maghribi bertemu Togo dalam perlawanan pembukaan.
Togo layak buat pertama kali menyertai kejohanan bola sepak itu selepas menewaskan Nigeria pada pusingan akhir kelayakan.
Tuan rumah Cameroon berada dalam Kumpulan A dan akan bertemu Zimbabwe pada perlawanan pertama.
Kejohanan itu berlangsung dari 4 hingga 25 April 2020.
Kumpulan A: Cameroon, Mali, Burkina Faso, Zimbabwe
Kumpulan B: Libya, Congo, Congo Brazzaville, Niger
Kumpulan C: Maghribi, Rwanda, Uganda, Togo
Kumpulan D: Zambia, Guinea, Namibia, Tanzania.
Mula diadakan pada 2009 di Ivory Coast, kejohanan itu menampilkan pasukan terbaik dari benua Afrika.
— BERNAMA