210 penerima dapat sumbangan TBC 2019

ALOR GAJAH 29 Jan. – Seramai 210 masyarakat Tionghua daerah Alor Gajah menerima sumbangan sempena perayaan Tahun Baharu Cina (TBC) 2019, hari ini.
Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar, Ginie Lim Siew Lin berkata, sumbangan itu bagi meringankan beban penerima membuat persiapan menyambut perayaan berkenaan.
Beliau berkata, ia juga memupuk nilai murni antara pemimpin, sekali gus mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.
“Setiap tahun kita raikan sambutan TBC, bukan ini saja, perayaan-perayaan lain juga turut diraikan di negeri ini.
“Kita perlu bekerjasama memeriahkan sambutan ini bagi mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain khususnya bersama pemimpin setempat,” katanya pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bantuan Perayaan Tahun Baharu Cina 2019 Negeri Melaka Daerah Alor Gajah, di sini.
Hadir sama di majlis tersebut, Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin.