288 Pengerusi MPKK mula bertugas Oktober

288 Pengerusi MPKK mula bertugas Oktober

AYER KEROH 27 Sept. – Seramai 288 individu akan dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) yang baharu 2018-2020.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, mereka yang dilantik akan mula bertugas pada Oktober 2018 ini setelah diluluskan dalam mesyuarat Exco.

Menurutnya, keseluruhan setiap MPKK akan ada penjawatan 13 orang bagi jawatankuasa, pihaknya memenuhi kakitangan dari kementerian suapaya 30 peratus dari jawatankuasa itu adalah wanita.

“Keseluruhan 316 kampung akan terlibat dan mereka akan dibayar elaun,” katanya kepada media dalam sidang media di Seri Negeri di sini, hari ini.
sub roland

CATEGORIES