37 murid pendidikan khas lawat The Shore Oceanarium

37 murid pendidikan khas lawat The Shore Oceanarium

BANDARAYA MELAKA 29 Sept. – Seramai 37 Orang Murid daripada Program Pendidikan Khas Integrasi Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit China telah diberi peluang melawat The Shore Oceanarium secara percuma.

Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di taja sepenuhnya The Shore Oceanarium Melaka dengan kerjasama Ji Ann Reflexology & Therapy Centre Sdn. Bhd.

Sementara itu, Ketua Rombongan Karmila Jalal berkata, program ini memberi peluang kepada kanak-kanak istimewa ini untuk melihat dan menimba pengetahuan mengenai
pelbagai hidupan laut.

“Justeru itu, Pihak kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada The Shore Oceanarium Melaka dan Ji Ann Reflexology & Therapy Centre Sdn. Bhd kerana sudi menaja rombongan ini,” katanya ketika temui Melaka Kini.

Pengarah Urusan The Shore Oceanarium, Chew Chert Fong berkata, program tajaan ini diadakan untuk menyumbang semula kepada masyarakat.

“Kami berharap murid-murid tersebut dapat mempelajari tentang hidupan laut dan
pada masa yang sama, mereka dapat meluangkan bersama,” ujarnya.

Dibuka pada Disember 2014, The Shore Oceanarium Melaka adalah suatu tempat pelancongan yang menjanjikan keseronokan dan pembelajaran di samping mempromosikan perlindungan hidupan laut terancam melalui kerjasama dengan Jabatan Perikanan Melaka.

 

CATEGORIES