4 nama dipertimbang jawatan SUK – Adly

4 nama dipertimbang jawatan SUK – Adly

AYER KEROH 30 Jan. – Empat nama dipertimbangkan bagi menggalas jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) menggantikan Datuk Seri Roslan Ibrahim bermula Febuari ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pihaknya menyerahkan keputusan pemilihan itu sepenuhnya kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Putrajaya.

“Pengganti sudah ada, cuma kita masih menunggu jawapan dari pihak JPA.

“Kalau boleh, kita nak jawatan ini diisi secepat mungkin dan jika tidak, tugasan tersebut akan diberikan kepada mereka yang layak buat sementara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media pasca mesyuarat exco di bilik mesyuarat, Pejabat Ketua Menteri, hari ini.

Adly turut berharap jawatan tersebut digalas oleh anak Melaka.

CATEGORIES