450 Kotak limau & angpau diagihkan kepada masyarakat Tionghua

BACHANG 28 Jan.- Sebanyak 450 kotak limau Mandarin, kalendar dan angpau telah diagihkan kepada masyarakat Cina dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Batu, di sini semalam.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee berkata program tersebut bertujuan mendengar keluh kesah, masalah dan rintihan warga DUN Pengkalan Batu lebih-lebih lagi mereka yang berbangsa Cina yang bakal meraikan Sambutan Tahun Baharu
Cina 2019.
Katanya, beliau bertanggungjawab membantu mengikut cara dan kadar kemampuannya agar semua warga DUN Pengkalan Batu berada dalam keadaan selesa, dihargai dan gembira apabila tibanya musim Perayaan.
“Agihan limau Mandarin ini diagihkan kepada masyarakat Cina dalam DUN Pengkalan Batu antaranya di kawasan Bachang, Taman Rumpun Bahagia, Taman Bachang Baru, Kampung Bachang, Bukit Piatu, Jalan Tun Perak, beberapa taman perumahan di Malim dan juga kawasan-kawasan Kampung,” katanya .
Beliau berkata demikian selepas program Agihan Limau Mandarin bersama masyarakat Cina Dun Pengkalan Batu, semalam.
Jelasnya, dengan kehadiran Tahun Baru Cina kali ini akan mengukuhkan lagi jalinan muhibah warga Dun Pengkalan Batu dan warga negeri ini.