50 belia berdialog dengan Ahli Parlimen Kota Melaka

Dialog yang memberi manfaat kepada belia

50 belia berdialog dengan Ahli Parlimen Kota Melaka

BANDARAYA MELAKA 18 Feb – Seramai 50 belia India Melaka menyertai sesi dialog bersama Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong di Hotel Sentral Riverview, baru-baru ini.

Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Melaka, Dhanesh Basil berkata, pelbagai topik dibincangkan bagi pelan tindakan yang bertaraf teknologi tinggi di negeri ini.

“Ini termasuklah topik ‘Inventing Melaka Towards 2030’ selaras dengan portfolio beliau (Poay Tiong) sebagai Pengerusi Melaka Smart City.

“Pelan tindakan tersebut merangkumi aspek Artificial Intelligence, IoT, Big Data dan Virtual Reality”,” katanya kepada MelakaKini.

Katanya, pelbagai soalan dan idea dilontarkan mengenai bagaimana status Melaka Smart City akan menyelesaikan masalah catuan air di Melaka.

“Dan apakah peluang yang disediakan bagi golongan anak muda khususnya komuniti India di negeri ini.

“Sesi ini menarik perhatian ramai anak muda bagi menyumbangkan idea kepada Majlis Penasihat Melaka Smart City,” katanya.

Dhanesh berharap majlis tersebut mampu memberi lebih peluang kepada pelajar universiti dan golongan profesional muda menceburi program belia.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri, Noorman Ramlan.

CATEGORIES