60 unit Rumah Peduli percuma

60 unit Rumah Peduli percuma

AYER KEROH 21 Feb. – Kerajaan negeri menyasarkan sebanyak 60 unit Rumah Peduli diberikan secara percuma kepada rakyat memerlukan bagi tahun 2019 di negeri ini.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, pemilihan untuk mendapatkan rumah percuma itu diseliakan oleh Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dari segi kelayakannya.

Beliau berkata, ia bakal dilaksanakan di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini mengikut keperluan yang dimaklumkan.

GAMBAR HIASAN

“Kita sasar tahun ini 60 unit Rumah Peduli percuma diberikan kepada rakyat, sekarang kita dah dapat maklumat dari DUN mengenai keperluan tersebut.

“Kita masih membuka permohonan, walaupun ada 60 unit tetapi permohonan melebihi dari jumlah itu, kita akan lihat keutamaan pertama dan terakhir yang perlu diambil kira,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Chamek Kopitiam MITC di sini, hari ini.

Jelasnya, keutamaan itu dibuka semula pada tahun berikutnya dan mereka yang sudah memohon tidak perlu lagi memohon untuk kali kedua.

“Kita sentiasa kumpul data setiap pemohon, mereka tidak perlu mohon untuk kali kedua, cuma kita akan lihat dari segi keadaan semasa pemohon.

“Kita akan ikut turutan keutamaan itu, kalau tahun ni 60 unit rumah, tahun depan kita cuba tingkatkan lagi,” katanya.

Adly berkata, bagaimanapun kerajaan negeri akan menyediakan paling kurang 60 unit rumah tersebut secara percuma setahun.

CATEGORIES
TAGS