70 peserta uji silaturahim di Bukit Baginda

70 peserta uji silaturahim di Bukit Baginda

AYER KEROH 10 Feb. – Seramai 70 peserta pemimpin Anugerah Remaja Perdana (ARP) termasuk mahasiswa mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempat telah menawan Bukit Baginda, Kuala Pilah baru-baru ini.

Kesemua mereka mendaki bukit itu menerusi program Apresiasi Pemimpin dan Sukarelawan ARP Daerah Melaka Tengah.

Menurut kenyataan Jabatan Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, program itu bertujuan menguji tahap fizikal dan mental peserta, selain merapatkan lagi silaturahim antara peserta.

Katanya, antara lain bagi menghargai jasa pemimpin dan sukarelawan ARP yang telah banyak membantu jabatab terbabit.

“Kami bermula seawal jam 5 pagi dan berakhir kira-kira jam 6 petang dan turut menamatkan pendakian dengan berkelah di Jeram Tengkek berdekatan,’ kata kenyataan terbabit

CATEGORIES