77 peratus aduan berjaya diselesaikan kerajaan PH

77 peratus aduan berjaya diselesaikan kerajaan PH

BANDARAYA MELAKA 14 Sept. – Sebanyak 77  peratus aduan yang dibuat di Program Bersama  Rakyat sejak diadakan telah berjaya diselesaikan oleh Kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH).

Ketua Menteri, Adly Zahari, sebanyak 399 daripada jumlah keseluruhan 517 aduan dan permasalahan rakyat yang dikemukakan sejak program Hari Bertemu Rakyat dilaksanakan
mulai Mei lalu sehingga penghujung Julai lepas.

Menurutnya, daripada keseluruhan 517 aduan itu juga, pihaknya sedang mengambil tindakan untuk menyelesaikan sejumlah 108 kes atau aduan yang mewakili 21 peratus manakala 10 aduan lagi iaitu dua peratus tidak dapat diselesaikan.

Katanya, dua peratus yang tidak boleh diselesaikan biasanya melibatkan pengadu sendiri, contohnya berkaitan pertindihan nama. “Tetapi jika aduan lain yang melibatkan kerajaan dan jabatan serta agensi, kita akan cuba selesaikan walaupun jika ia melibatkan kerajaan Persekutuan.

“Pecahan aduan-aduan yang dikemukakan oleh rakyat adalah melibatkan aspek penerimaan bantuan sebanyak 15 peratus, perihal tanah (15 peratus), perumahan dan pekerjaan (masing-masing 10 peratus), isu kewarganegaraan (sembilan peratus) dan cadangan termasuk hal-hal perniagaan, umum, pelaburan kepada Ketua Menteri (sembilan peratus),” katanya.

Adly berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas program Hari Bertemu Rakyat di Seri Bendahara di sini, hari ini.

 

CATEGORIES