80 peratus penduduk miliki rumah – Adly

80 peratus penduduk miliki rumah – Adly

AYER KEROH 8 Feb. – Melaka mencatatkan 81.9 peratus pemilikan rumah berbanding peratusan di peringkat nasional sebanyak 76.3 peratus.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, ia menunjukkan pencapaian sebanyak 80 peratus penduduk di negeri ini yang sudah memiliki rumah.

Menurutnya, peratusan itu sekali gus menunjukkan prestasi pemilikan rumah di Melaka melebihi dari prestasi di peringkat nasional.

“Cuma berbaki 20 peratus sahaja rakyat di negeri ini yang masih belum memiliki rumah mereka sendiri.

“Ini antara hasrat utama kerajaan negeri dalam membangunkan perumahan rakyat di masa akan datang,” katanya.

Jelasnya, kerajaan negeri juga berharap pembinaan rumah di negeri ini dapat menerapkan teknologi hijau di masa akan datang.

“Ini selari dengan konsep Melaka Maju di masa hadapan, jika ia dilaksanakan, sudah pasti terdapat proses penjimatan seperti tenaga elektrik atau air,” katanya.

Ujarnya, Melaka merupakan satu-satunya negeri yang mengawal Rumah Mampu Milik (RMM) di mana harganya tidak boleh melebihi RM180,000.

CATEGORIES
TAGS