LEBIH 50 peminat HRV Club Malaysia (HRVCM) telah menyertai Acara Permotoran Terbesar Di Melaka iaitu Big Boys Toys yang telah berlangsung selama 10 hari bermula 5 Oktober hingga 14 Oktober 2018 lalu di Mahkota Parade.

Wakil Kelab Ahli HRVCM, Noor Azran Nordin berkata, penyertaan ahli kelab berkenaan bertujuan menaikkan semangat permotoran di negeri ini.

Katanya, antara lain merapatkan hubungan silaturrahim bersama ahli kelab,” katanya.

“Ahli HRVCM yang hadir pada kali ini berasal dari seluruh pelusuk negara dan ada juga yang hadir dari negara jiran, Singapura.

“Semoga ukhuwah baik ini sentiasa terjalin mesra sesuai diantara ahli kelab yang lain, bertepatan dengan moto kelab ini,” katanya.

CATEGORIES