9 pemain negara sedia beri persembahan terbaik

9 pemain negara sedia beri persembahan terbaik

SERAMAI sembilan pemain bawah 18 tahun negara yang akan beraksi bagi acara Hoki 5 Sebelah bersedia memberikan persembahan terbaik mereka di Sukan Olimpik Remaja 2018 Argentina.

Jurulatih Hoki Melaka Bawah 18, Mohd Rasul Khamis berkata, Sukan Olimpik Remaja 2018 Argentina akan membuka tirainya pada 7 hingga 14 Oktober ini.

Katanya, skuad negara yang diletakkan dalam Kumpulan A bersama-sama tuan rumah Argentina, Mexico, Poland, Vanuatu dan Zambia akan mencipta sejarah mereka tersendiri.

“Kumpulan tersebut telah melayakkan diri beraksi di Sukan Olimpik Remaja buat julung kalinya selepas cemerlang menamatkan siri kelayakan Hoki 5 Sebelah di Bangkok, Thailand pada 25 hingga 29 April 2018 lalu selaku naib juara,” katanya kepada MelakaKini.

CATEGORIES
TAGS