AADK Jasin tekad tangani gejala dadah

AADK Jasin tekad tangani gejala dadah

YUSOF bergambar bersama pelajar yang hadir selepas program.

BANDARAYA MELAKA 3 Okt. – Penyalahgunaan dadah membabitkan pelajar di negara ini berada pada tahap membimbangkan dengan peningkatan yang ketara kebelakangan ini.

Justeru itu, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Jasin, mengambil inisiatif melaksanakan program Motivasi Bersama Pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Pulau Besar, baru-baru ini.

Pengarah AADK Melaka, Mohammad Yusof Kameh berkata, program dilaksanakan itu bagi memberikan maklumat tentang bahaya dadah kepada para pelajar.

Menurutnya, ia sekali gus meningkatkan jati diri serta memantapkan nilai-nilai murni kalangan pelajar tahfiz.

Katanya, antara punca menyebabkan peningkatan gejala ini adalah diri sendiri yang mudah terjebak, persekitaran sama ada keluarga mahupun rakan-rakan yang tidak baik.

“Dengan adanya program sebegini, ia dapat pupuk semangat kepimpinan dalam diri pelajar serta membangkitkan kerjasama antara satu sama lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program Motivasi Bersama Pelajar Sekolah Menengah Tahfiz Al-Quran Pulau Besar di sini, baru-baru ini.

Jelasnya, pelbagai usaha dibuat AADK dalam memperkasa setiap program pemulihan serta meningkatkan lagi pencegahan secara proaktif dan agresif.

“Justeru, kami harap komitmen serta kerjasama dari kerajaan negeri serta masyarakat untuk turut sama membantu menangani gejala ini,” katanya.

Pengisian program berbentuk LDK itu dikendalikan oleh pelajar praktikal Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM).

Antara aktiviti diadakan sepanjang program seperti ais breaking, radio rosak, menaiki rakit dan bomb.

Hadir sama, Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Serkam, Ustaz Mohammad Kamal.

CATEGORIES