Accapan meninggal dunia, Hilangnya seorang seniman

Accapan meninggal dunia, Hilangnya seorang seniman

MELAKA 14 Sept. – PELAKON dan pelawak terkenal negara, Accapan, meninggal dunia pada usia 63 tahun, 2.43 pagi, hari ini.

Accapan atau nama sebenar Samynathan A/L Rethinam menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarga di rumahnya di Taman Puchong Utama akibat kegagalan buah pinggang.

upacara penghormatan terakhir akan dilakukan dirumah beliau kira-kira 3 petang hari ini di 12A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor.

Mendiang Accapan meninggalkan seorang isteri, Yogeswari Subramaniam, 53, dan tiga orang anak iaitu Vikneshwaran Samynathan, 31, Dhineshwaran Samynathan, 28, dan Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Accapan merupakan pelakon bukan Melayu yang dikenali serta mendapat tempat di hati penggemar filem dan drama tempatan.

Antara lakonannya yang terus melekat di fikiran masyarakat ialah dalam siri komedi Pi Mai Pi Mai Tang Tu serta filem Mira Edora.

CATEGORIES