Adly lawat kawasan pelancongan luar bandar Februari depan

Adly lawat kawasan pelancongan luar bandar Februari depan

AYER KEROH 17 Jan. – Ketua Menteri, Adly Zahari akan melawat kawasan pelancongan luar bandar bagi melihat potensi dan menambah kawasan tumpuan pelancong sesuai dengan inisiatif Tahun Melawat Melaka 2019 (TMM 2019) pada Februari depan.

Katanya, antara kawasan yang akan dilawat termasuk Kolam Air Panas Gadek, Makam Tun Teja, Kota Bukit Supai dan lain-lain.

“Bermula Februari ini, saya akan melawat lokasi pelancongan luar bandar dan akan melihat lokasi pelancong yang berpotensi untuk ditambah baik.

“Dalam masa sama, memastikan kawasan pelancongan di negeri ini sesuai dengan slogan TMM 2019,” katanya.

Adly pada Januari lalu telah melawat beberapa kawasan pelancongan dalam kawasan bandar dan telah memberikan teguran terhadap beberapa kawasan pelancongan di negeri ini.

Kerajaan negeri menyasarkan 20 juta pelancong bakal mengunjungi Melaka menerusi kempen Tahun Melawat Melaka 2019 (TMM 2019).

CATEGORIES