Adly lawat Pahlawan Walk

Adly lawat Pahlawan Walk

BANDAR HILIR 29 Sept. – Ketua Menteri, Adly Zahari telah meluangkan masa melawat Pahlawan Walk antara produk pelancongan negeri Melaka yang menjadi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negeri, Jumaat lalu.

ADLY melawat Pahlawan Walk, Jumaat lalu.

Adly yang tiba kira-kira jam 10 malam meluangkan masa hampir sejam beramah mesra dengan para peniaga dan pengunjung.

Pahlawan Walk beroperasi di Plaza Mahkota, Banda Hilir di sini setiap Jumaat hingga Ahad mulai pukul tujuh malam hingga dua pagi.

Terdapat lebih 160 gerai yang menjual pelbagai jenis produk seperti makanan dan minuman tradisional, kraf tangan, pakaian, kelengkapan rumah dan aksesori wanita.

Antara produk unik yang terdapat di Pahlawan Walk ialah sate celup halal, kraf tangan berasas dawai, ukiran kayu dan besi, urutan refleksologi tradisional Melayu, lukisan gambar potret, aksesori mutiara dan kerongsang.

Turut hadir Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Azmi Hussain.

CATEGORIES