Adly sampaikan sumbangan kepada Bob Lokman

AYER KEROH 1 Feb. – Ketua Menteri, Adly Zahari hari ini menyampaikan sumbangan kepada bekas pelawak, pengacara, pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman.
Setiausaha Sulit kepada Ketua Menteri, Yuhaizad Abdullah mewakili Adly menyampaikan sendiri sumbangan kepada Bob di Hospital Universiti Teknologi Mara (UITM), Sungai Buluh, sebentar tadi.
Yuhaizad menerusi hantaran mesej aplikasi Whatsapp menjelaskan Adly rasa terpanggil untuk membantu Bob dan berasa simpati atas keuzuran yang dialaminya.
Bob dikejarkan ke Hospital Universiti Teknologi Mara (UITM), Sungai Buluh selepas rebah ketika menyertai siri jelajah kuliah agama di Kelantan dan Terengganu pada 19 Januari lalu.
CATEGORIES MELAKA
TAGS utama