‘Aduh’ hadiah buat peminat Zamani

‘Aduh’ hadiah buat peminat Zamani

VOKALIS kumpulan Slam ini sentiasa mendapat tempat dalam hati peminat industri muzik tanah air.

Kemunculannya menerusi Gegar Vaganza (GV) 5, tahun lalu bagaikan satu kejutan kepada peminatnya yang sentiasa menantikan kehadiran bintang ini di persada seni.

Walaupun tidak bergelar juara di pentas GV5 namun impak dibawanya menerusi program realiti itu sangat luar biasa.

Bakal muncul dengan buah tangan terbarunya, Zamani tampil dengan kolaborasi pertamanya bersama penyanyi dan komposer tersohor Faizal Tahir menerusi karya Aduh.

Aduh hasil ciptaan Zamani bersama Faizal Tahir, Adib Hussin, Mike Chan, Romeo dan Karim Karam berkonsepkan pop kontemporari yang dilihat sebagai percubaan berani kepada penyanyi yang sinonim dengan genre pop balada ini.

Cubaan penyanyi berusia 48 tahun ini membawakan lagu berunsur kontemporari ini bakal memberi perspektif berbeza kepada peminat setianya.

Pelantun lagu Gerimis Mengudang ini juga menyifatkan Aduh sebagai hadiah istimewa buat peminat yang tidak jemu menyokong perjalanannya sebagai anak seni selama ini.

Dia turut berharap taruhan terbarunya ini mendapat sambutan positif.

Aduh merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia.

Single Aduh boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 1 MAC 2019.

CATEGORIES