ADUN kawasan ziarah Yaakub terlantar akibat kemalangan

ADUN kawasan ziarah Yaakub terlantar akibat kemalangan

TELOK MAS 16 Okt. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas, Noor Effandi Ahmad melawat Imam Masjid Pernu, Imam Yaakub di Bukit Kechil yang terlantar kerana kemalangan, Isnin lalu.

Noor Effandi berkata, selepas hampir dua bulan di hospital akibat kemalangan jalan raya, Yaakub yang kini dalam keadaan separa sedar dibenarkan pulang oleh doktor dan berada di bawah jagaan keluarga.

Justeru itu, Noor Effandi bersama Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Telok Mas akan menghulurkan bantuan yang diperlukan.

“Jika orang ramai ingin menyumbang boleh hubungi Pembantu Kebajikan, Farizah Ramli dan Setiausaha Japerun Telok Mas, Norzanah Abas,” katanya kepada MelakaKini.

CATEGORIES