Aiqal dinobat penjaring terbanyak NSC kategori B-17

PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Pengkalan, Aiqal Saufi dinobat penjaring terbanyak Kejohanan Kebangsaan Bola Sepak Kebangsaan (NSC) bagi kategori bawah 14, 15 dan 17 tahun, bagi kali kelima, baru-baru ini.
Kejohanan itu yang berlangsung pada Ahad lalu di Sekolah Menengah sains Muar, turut menyaksikan pasukan SMK Seri Pengkalan muncul naib johan, selepas tumpas 2-3 kepada johan, SMK Tuanku Mukhiz Munawir, Negeri Sembilan., bagi kategori bawah 17 tahun.
Sementara itu, Sekolah Menengah Sains Batu Pahat pula dinobat sebagai pemenang di tempat ketiga pada kejohanan itu bagi kategori sama.
Kesemua pemenang membawa pulang trofi kejohanan, sijil beserta jersi.
Sementara itu, Pengetua SMK Seri Pengkalan,Mahfudzah Mohamed Noor mengucapkan terima kasih kepada Exco Wanita, Kebajikan dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Datuk Ginie Lim Siew Lin.
Jelasnya, penghargaan itu dibuat susulan keteguhan yang ditunjukkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Machap Jaya itu terhadap pasukan sekolah berkenaan selama ini.