AirAsia kembali ‘terbang’ di Melaka
Sebelum ini hampir 3 hari alami masalah sistem navigasi, dan hari ini masalah tersebut dapat diatasi.

BATU BERENDAM 6 Julai- Syarikat penerbangan AirAsia di Melaka telah menyambung semula perkhidmatan penerbangan dari Melaka ke Pulau Pinang bermula hari ini selepas tiga hari tertangguh akibat masalah sistem navigasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM).
Tinjauan MelakaKini ke LTAM mendapati keadaan lancar dan penumpang tidak berdepan sebarang masalah untuk mendaftar masuk untuk ke Pulau Pinang pada jam 2.50 petang tadi.
Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata pihaknya akan meminta laporan terperinci termasuk kronologi permasalahan sistem navigasi yang menjadi punca penerbangan tertangguh daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).
Menurutnya, pihak CAAM bagaimanapun sudah mengambil langkah penyiasatan dan berjaya menyelesaikan permasalahan yang timbul serta pemeriksaan sebelum permasalahan sistem navigasi di LTAM diselesaikan menggunakan sistem sementara.
“Kita difahamkan pihak CAAM dalam proses membaiki sistem navigasi ini secara kekal dan pihak berwajib sedang mencari permasalahan yang tetap untuk diguna pakai bagi mengelakkan kejadian seperti sebelum ini terjadi lagi.
“CAAM telah mengeluarkan kelulusan dan kebenaran di mana prosedur penerbangan dapat dijalankan untuk penerbangan kembali beroperasi hari ini,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui mengadakan lawatan kerja di terminal LTAM, di sini, hari ini.
Jelas Mohd Sofi, penumpang dilihat terus yakin memilih AirAsia meskipun AirAsia berhadapan dengan insiden penumpang terkandas pada Rabu lalu sedikitpun tidak menjejaskan keyakinan penumpang.
“Kita dapat lihat jumlah penumpang AirAsia hari ini sudah cukup tinggi dengan seramai 158 orang dan sudah melebihi 70 peratus untuk menerbangkan pesawat.
SERTAI Group FB MelakaKini. LIKE/Follow FB Page MelakaKini. Jangan terlepas berita Negeri Melaka!.