Alumni MiCoST kongsi tips pekerjaan

BANDARAYA MELAKA 5 Mac – Kolej Antarabangsa Sains dan Teknologi (MiCoST) mengambil inisiatif memangil lapan alumni pelajar dari fakulti berbeza untuk berkongsi pengalaman dan hala tuju selepas tamat pengajian.
Alumni program Diploma Sumber Manusia, Asri Sharil Abd Wahab berkata, pelajar mempunyai pilihan sama ada mahu meneruskan pengajian ke peringkat ijazah sarjana atau terus bekerja.
Dia yang merupakan Pelajar Terbaik Keseluruhan MiCoST 2016 turut memberi saranan untuk memilih sebaiknya supaya tidak menyesal di kemudian hari.
Asri Sharil yang kini berkhidmat di Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia turut berkongsi pengalaman bersaing di alam pekerjaan.
“Dalam era revolusi 4.0 ini, pesaing semakin hebat dan pelbagai, sebagai pelajar kita harus persiapkan diri untuk menempuh alam pekerjaan kelak supaya kita mudah untuk ‘adapt’ dengan persekitaran,” jelasnya.
Sesi dialog dan perkongsian tersebut turut dikongsi bersama tujuh lagi alumni MiCoST di Dewan Tun Mutakhir di sini, baru-baru ini.
Hadir sama wakil dari Malaysia Productivity Corporation (MPC) yang turut berkongsi tips-tips bagi pelajar bersaing di dunia perkerjaan.