AMANAH sokong penuh Dr. Mahathir kekal Perdana Menteri

AMANAH sokong penuh Dr. Mahathir kekal Perdana Menteri

KENYATAAN MEDIA SEGERA PRESIDEN PARTI AMANAH NEGARA

Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin menegaskan pendirian bahawa kami menyatakan sokongan penuh kepada YBhg Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia dan untuk terus memimpin Pakatan Harapan.

Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada YBhg Tun untuk melalui kemelut politik yang berlaku ini.

Kami teguh berdiri bersama Pakatan Harapan dan YBhg Tun untuk Malaysia yang lebih baik.

MOHAMAD BIN SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

24 Feb 2020

CATEGORIES