Anak-anak autisme disantuni KUIM

Anak-anak autisme disantuni KUIM

MUHAMMAD Syahmi semasa memberikan taklimat kepada para pelajar KUIM.

BANDARAYA MELAKA 8 Okt. – Persatuan Mahasiswa Rumsis Saidina Ali (PERSA) Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) mengadakan Program Khidmat Masyarakat : Kami Prihatin Anak Autism di Rumah Bistari, Sabtu lalu.

Program melalui kerjasama The National Autism Society of Malaysia (NASOM) itu telah berkongsi kegembiraan bersama anak-anak autism terbabit.

Pengarah Hal Ehwal Pelajar dan Alumni mewakili Naib Canselor KUIM, Baharom Said berkata, pihaknya berbesar hati dapat berkongsi kegembiraan bersama anak-anak autisme dan ahli keluarga mereka.

Katanya, pelbagai aktiviti diadakan seperti Mini Explorace, membersihkan kolam latihan dan aktiviti bersama kakitangan McDonald’s Melaka Mall.

“Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) itu turut melibatkan kerjasama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) dan McDonald’s ini telah memberi peluang kepada kami mendekati dan membantu anak-anak istimewa ini,” katanya.

Turut hadir pada program tersebut, Penasihat NASOM Melaka, Dr. Hashimah Hassan; Penyelia PERSA, Muhammad Syahmi Nasir dan para pelajar KUIM.

Program julung kali itu menyasarkan untuk menjadikan program CSR ini sebagai program tahunan.

“Sekali gus dapat membantu lebih ramai anak-anak autisme bergerak aktif dan bercampur bersama masyarakat setempat.

Program amal ini juga bertujuan menyemai dan menanam perasaan kasih sayang dan prihatin kepada anak-anak autism selain memupuk semangat orang awam agar tidak menyisihkan kanak-kanak autism ini dari masyarakat sekeliling.

CATEGORIES