Anak syarikat kerajaan negeri disaran contohi PMH

Anak syarikat kerajaan negeri disaran contohi PMH

AYER KEROH 23 Okt. – Anak-anak syarikat kerajaan negeri disaran mencontohi Perbadanan Melaka Holding (PMH) yang berdaya maju dan berdaya saing.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, PMH adalah salah sebuah syarikat GLC yang sewajarnya dicontohi.

Menurutnya, ini kerana PMH punyai hala tuju yang jelas dan tadbir urus korporat yang baik, malahan juga berupaya mempelbagaikan bisnes aktivitinya dalam pelbagai bidang, umpamanya.

Justeru itu, kerajaan negeri mahu melihat PMH menjadi salah sebuah organisasi terunggul dan menjadi role model kepada syarikat-syarikat GLC lain di Melaka.

“Tahniah saya ucapkan kepada Pengerusi PMH, Datuk Seri Roslan Ibrahim selaku Ahli Lembaga Pengarah dan Kumpulan Pengurusan kerana telah merancang pelan pembangunan yang teratur dan komprehensif untuk melonjakkan lagi keupayaan PMH,” katanya.

Adly berkata demikian kepada media selepas program Perhimpunan Bulanan Kerajaan Negeri di Dewan Seri Negeri di sini, hari ini.

Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Omar Jaafar dan Ketua Pegawai Operasi PMH, Siti Ainshah Osman.

CATEGORIES