Arena FM juara bola sepak perpaduan

Arena FM juara bola sepak perpaduan

PASUKAN Arena FM muncul juara Kejohanan Bolasepak Perpaduan Casa Height selepas menang tipis ke atas Honda Naning 1-0 pada aksi final di Taman Casa Height Alor Gajah, baru-baru ini.

Kejohanan yang disertai enam pasukan itu bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim antara penduduk dan masyarakat setempat.

Pengerusi kejohanan, Azhar Mohd Jamil berkata, keputusan perlawanan bukan ukuran matlamat sebenar penganjuran kerana ia lebih kepada agenda perpaduan membabitkan semua kaum.

“Tempat ketiga menjadi milik pasukan SP Kami FC selepas menewaskan Educator 9-7 menerusi penentuan sepakan penalti.

“Kejohanan anjuran Persatuan Penduduk Taman Casa Height ini membabitkan gabungan pemain dari Daerah Jasin, Alor Gajah, Melaka Tengah, Masjid Tanah, Tampin , Muar dan Batu Pahat.

“Pada kejohanan itu, juara turut membawa pulang piala pusingan dan hadiah iringan, walaupun tiada wang tunai namun penyertaan amat mengalakkan menerusi semangat kesukanan yang tinggi,”katanya.

Katanya, penganjur bercadang membuka penyertaan lebih besar pada tahun depan.

CATEGORIES