Azalina santuni 2 warga emas terlantar
Terima kasih Puan Azalina dan MPKK

SUNGAI RAMBAI 10 Feb. – Dua warga emas yang terlantar sakit menerima kunjungan Penyelaras Dewan Undangan Negeri (Japerun) Sungai Rambai, Azalina Abdul Rahman pada program Ziarah Kasih di Kampung Ayer Tawar, kelmarin.
Menerusi kiriman di Facebook kelmarin, Azalina bersama anggota Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Ayer Tawar, menziarah ke rumah Jalauddin Mamat dan Lipon Husin.
Pada kesempatan itu, beliau bukan sahaja meluangkan masa bertanya khabar malah turut menyampaikan bantuan lampin pakai buang dan pek makanan asas.