Azmi pegawai awam JUSA C dilantik Datuk Bandar MBMB

Azmi pegawai awam JUSA C dilantik Datuk Bandar MBMB

AYER KEROH 3 Jun – Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM), Datuk Azmi Hussain dilantik sebagai Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah yang baharu berkuat kuasa 1 Jun 2018.

Azmi, 58 lulusan Ijazah Pembangunan & Perancangan Ekonomi dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik ke jawatan tersebut menggantikan bekas Datuk Bandar MBMB, Datuk Wira Zainal Hussin yang tidak disambung kontrak jawatannya selepas tamat pada 31 Mei lalu.

Beliau yang merupakan pegawai awam berstruktur tetap di PKNM sejak 31 Disember 2017 dengan gred jawatan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C dipindahkan secara peminjaman sebagai Datuk Bandar MBMB dengan gred jawatan sama bagi menstrukturkan semula organisasi PBT tersebut berdasarkan pengalaman beliau sebelum ini.

Azmi sebelum dinaikkan pangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif PKNM pernah menjawat tugasan di agensi terbabit sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNM serta pegawai Tadbir PKNM pada awal perkhidmatan beliau.

Bekas Guru Sandaran di Sekolah Menengan Dato Abdullah Astana Raja, Kita, Negeri Sembilan ini juga bukan asing di MBMB kerana sebelum itu beliau turut berkhidmat sebagai Setiausaha MBMB pada 2012 dan pegawai perlesenan MBMB pada 2002.

Lantikan beliau menduduki hirarki tertinggi dalam organisasi MBMB bersesuaian kerana telah berkhidmat selama 33 tahun dalam perkhidmatan awam dan punyai pengalaman luas dalam pentadbiran, pembangunan dan perancangan serta pergurusan menerusi kerajaan tempatan.

CATEGORIES