Bayou Lagoon rai pengamal media

Bayou Lagoon rai pengamal media

BUKIT KATIL 31 Jan. – Bayou Lagoon Park Resort mengambil inisiatif meraikan pengamal media sempena Tahun Baharu Cina (TBC) yang bakal menjelang tidak lama lagi.

Pengarah Urusannya, Datuk Marco Seow Chee Han berkata, ia sebagai tanda penghargaan kepada pegamal media yang sentiasa memberi kerjasama kepada pihaknya.

“Kita undang pengamal media ke Bayou Lagoon untuk cuba sendiri hidangan makanan Cina serta tradisi menggaul ‘Yee Sang’ sebagai simbolik penyatuan.

“Ini juga sebagai tanda penghargaan kita kepada mereka (media) atas kerjasama diberikan selama ini,” katanya.

Katanya, program sebegitu akan diteruskan setiap tahun bagi mengeratkan hubungan silaturahim bersama media.

CATEGORIES