Bekalan darah O stabil

BUKIT PALAH 6 Feb. – Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Low Chee Leong menafikan bekalan darah jenis O di Hospital Besar Melaka berkurangan dan menuntut orang ramai segera menderma darah.
Katanya, bekalan darah jenis O masih lagi stabil dan Melaka merupakan antara negeri yang rakyatnya aktif menderma darah menerusi kempen yang dilaksanakan.
“Tiada kekurangan (bekalan darah jenis O), kita hanya minta penderma jenis O menderma kerana ia boleh menyelamatkan semua (pesakit)
“Supaya Hospital Besar dapat bekalkan darah kepada hospital swasta sekitar negeri ini dan hospital di negeri jiran,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, Chee Leong berkata, kempen derma darah yang diadakan adalah kempen biasa yang sering diadakan.
“Ya , ia hanya kempen.biasa,” katanya.
Sementara itu, menerusi laman sosial Facebook, sebuah ‘page’ melakabloodbank memohon orang ramai, terutamanya penderma darah jenis O untuk hadir menderma darah di Tabung Darah Bergerak Hospital Melaka atau menderma menerusi kempen bergerak yang diadakan.
Posting itu turut dikongsi oleh Jabatan Kecemasan dan Trauma Melaka.