Bekas CEO anak syarikat kerajaan negeri direman

AYER KEROH 19 Feb. – Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) anak syarikat Kerajaan Negeri Melaka, bekas timbalannya dan pemilik syarikat dipercayai terlibat kes suapan dalam projek bernilai RM3 juta, sejak 2016 ditahan reman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes tersebut.
Perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga mereka yang berusia 55, 36, dan 49 tahun itu dikeluarkan Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Melaka, Teoh Shu Yee.
Mereka ditahan semalam oleh SPRM di sekitar Melaka Tengah kerana disyaki terlibat dengan kegiatan meminta dan menerima wang rasuah dari syarikat kontraktor sebagai balasan memberikan projek serta tender melibatkan anak syarikat kerajaan negeri itu.
Kes disiasat dibawah Sekyen 17 (A) Akta Suruhanjaya Pencegaran Rasuah Malaysia (SPRM) 2019.
Terdahulu, ketiga-tiga individu terbabit tiba kira-kira pukul 10 pagi di Kompleks Mahkamah Melaka di Ayer Keroh di sini dengan diiringi pegawai suruhanjaya sebelum beredar sejam kemudian.