Bersatu perlu kembali bersama Pakatan Harapan, kata sumber parti

Bersatu perlu kembali bersama Pakatan Harapan, kata sumber parti

KUALA LUMPUR 26 Feb. — Bersatu tiada pilihan selain kembali bergabung dengan Pakatan Harapan (PH) selepas Barisan Nasional (BN) dan PAS semalam menolak cadangan sebuah kerajaan campuran pelbagai parti.

Gabungan kedua parti tersebut sebaliknya mendesak satu pilihan raya semula susulan kemelut politik yang bermula sejak hujung minggu lalu.

The Malaysian Insight melaporkan sumber dalaman Bersatu memaklumkan keputusan BN dan PAS itu menjadikan Bersatu kini parti yang bersendirian.

Ia juga telah menggagalkan usaha membentuk kerajaan baharu seperti yang telah dirancang sebelum ini.

CATEGORIES