Chee Leong bantu sampaikan bantuan

TENGKERA 13 Mac – Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong turun menziarahi 15 golongan sasar sempena Program Jejak Asnaf yang diadakan di sekitar Tengkera di sini, hari ini.
Program anjuran Komplek Jawatankuasa Penyelarasan dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (Japerun) DUN terbabit bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Tengkera itu turut disertai beberapa badan bukan kerajaan (NGO).
Antara barangan keperluan yang disumbangkan pada program yang diadakan secara berkala pada setiap bulan itu adalah lampin pakai buang dewasa kepada pesakit terlantar, orang kelainan upaya (OKU) dan sakit tua secara tetap pada setiap bulan.
Selain itu barangan berupa keperluan harian termasuk beras, minyak masak, wang tunai dan sebagainya turut disalurkan kepada mereka.
Bercakap kepada MelakaKini, Chee Leong berterima kasih kepada jawatankuasa penganjur termasuk NGO-NGO yang telah berganding bahu mengadakan program tersebut pada setiap bulan
“Adalah diharapkan, agar bantuan yang disalurkan ini dapat meringgankan bebanan mereka yang sememangnya amat memerlukannya,” katanya.
Program Jejak Asnaf tersebut turut mendapat kerjasama Kelab Kasi Redah Tranquerah, Parti Amanah Negara cawangan Tranquerah, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Ranting Tengkera, Parti Bersatu Tengkera, AMK Cabang Kota Melaka, Sayap Wanita Cabang Kota Melaka dan Oseli Team Tengkera.