Chee Leong sertai ‘walkabout’ bersama MPKK Kampung Morten

BANDARAYA MELAKA 17 Feb. – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Laksamana Low Chee Leong menyertai program ‘walkabout’ bersama Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Kampung Morten baru-baru ini.
Program tersebut yang meliputi kawasan seliaan MPKK Kampung Morten di sekitar Jalan Tun Ali, Jalan Graha Maju, Pangsapuri Pengkalan Rama dan Pangsapuri Tun Sri Lanang bertujuan memastikan infrastruktur di kawasan berkenaan berada dalam keadaan yang baik.
“Saya akan sentiasa memantau dan mengambil berat tentang permasalahan yang berlaku dari segi infrastruktur, kemudahan awam dan sistem perparitan di kawasan DUN Kota Laksamana.
“Saya juga akan sentiasa memastikan MPKK di kawasan saya untuk sentiasa memantau masalah ini demi kesejahteraan dan keselesaan rakyat,” katanya pada program tersebut.
Chee Leong yang juga Exco Kesihatan, Antidadah dan Perpaduan Negeri Melaka turut mengedarkan risalah berkaitan kesedaran pencegahan denggi, penerangan wabak Covid-19, MySalam dan lain-lain kepada masyarakat dan peniaga-peniaga di kawasan tersebut.