Covid-19: Rakyat Melaka hadiri ijtimak tabligh KL digesa tampil jalani saringan kesihatan

Covid-19: Rakyat Melaka hadiri ijtimak tabligh KL digesa tampil jalani saringan kesihatan

ALOR GAJAH 18 Mac. – Kerajaan negeri menyeru kepada mana-mana individu di negeri ini yang menghadiri Ijtimak Tabligh di Masjid Seri Petaling, Petaling Jaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu bagi tampil menjalani saringan kesihatan.

Exco Kesihatan dan Antidadah, Rahmad Mariman berkata, kira kira 70 peratus daripada 412 individu yang terbabit dari negeri ini telah menjalani saringan berkenaan namun selebihnya belum lagi direkodkan.

“Kita minta individu yang terlibat ini perlu menjalani pemeriksaan kesihatan dengan kadar segera bagi mengelak penularan wabak COVID-19 di negeri ini.

“Perkara ini amat membimbangkan dan akan menyumbang kepada peningkatan kadar graf penularan COVID-19 di Melaka dan perkara ini juga menyebabkan Jabatan Kesihatan Negeri terpaksa melakukan operasi bagi mengesan individu ini.

“Kita merayu agar individu yang gagal menjalankan pemeriksaan ini agar tampil bagi menjalankan saringan di Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing,” katanya. ketika ditemui pemberita selepas menghadiri ke Stesen Pusat Kuarantin COVID-19 di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi Jabatan Kerja Raya (CREaTE), di sini petang tadi.

CATEGORIES