Cruise & Win promosi produk pelancongan Melaka

Cruise & Win promosi produk pelancongan Melaka

BANDARAYA MELAKA 31 Jan. – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) mewujudkan cabutan ‘cruise & win’ bagi mempromosi produk pelancongan Melaka River Cruise.

Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM), Azlan Abidin berkata, ia sekali gus memperkenalkan produk pelancongan Melaka yang terunggul di Malaysia.

Menurutnya, ia menggalakkan pelancong domestik datang ke Melaka khususnya river cruise sebagai penghargaan memilih Melaka sebagai destinasi pelancongan.

“Setakat ini, PPSPM merupakan satu-satunya agensi menawarkan hadiah berupa sebuah kereta sebagai hadiah cabutan bertuah tersebut.

“Kita buka peraduan ini buat warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas saja, peraduan ini bermula 1 Januari 2018 hingga 15 Disember 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media cabutan bertuah cruise & win di pejabat PPSPM di sini, hari ini.

Azlan berkata, pelangggan berhak mendapat satu penyertaan cabutan bertuah dengan pembelian RM100 dalam satu resit apabila membeli tiket di Melaka River Cruise (MRC).

“Borang penyertaan mereka perlu diisi dengan lengkap sebelum tarikh tutup bagi mengelak kegagalan menyertai cabutan bertuah,” katanya.

Justeru, Azlan berharap penganjuran cabutan bertuah itu diteruskan pada tahun ini, sekali gus menarik kedatangan pelancong ke negeri bersejarah ini.

CATEGORIES