Darko, Nazrin buat Yusri terkedu

KEHADIRAN bekas bintang Johor Darul Ta’zim (JDT),Mohd Nazrin Mohd Nawi ke pangkuan Zainal Abidin Hassan menggembiran skuad hijau putih selepas mencatatkan keputusan 2-0 ke atas Kuala Lumpur bagi aksi kelima Liga Super malam semalam.
Beraksi di laman sendiri, pemain sayap MU itu tidak menunggu lama membalas kepercayaan Zainal setelah direhatkan akibat kecederaan lutut kanan ketika aksi pra musim di Vietnam dengan meledakkan gol kedua MU pada minit ke-15 hasil hantaran tinggi Anselmo Casagrande.
Dua minit sebelum itu, MU terlebih dahulu membuka jaringan menerusi tandukan pemain tengahnya, Darko Markovic pada minit ke-14 hasil lorongan Mohamad Faris Shah Mohd Rosli.
Strategi memberikan tekanan pada babak pertama oleh Zainal tampak membuahkan hasil selepas skuad warga kota terpaksa pulang dengan tangan kosong, walaupun Zhafri Yahya dimasukkan pada minit ke-24 menggantikan Mohd Alif Samsudin.
Kemenangan MU kali ini menambahkan lagi tekanan terhadap Ketua Jurulatih Kuala Lumpur, Yusri Che Lah yang merekodkan empat kekalahan berturut-turut musim ini.
Sementara itu, mata penuh yang diraikan sebentar tadi turut menyaksikan Zainal berkemungkinan terpaksa merehatkan dua tonggak utamanya bagi saingan akan datang iaitu, Razman Roslan yang diggantikan Shukor Adan pada minit ke-77.
Diikuti Liridon Krasniqi yang diusung keluar pada minit ke-80 dan diggantikan Saiful Ridzuan Selamat.