Delegasi Indonesia perluas kerjasama UiTM Melaka

Delegasi Indonesia perluas kerjasama UiTM Melaka

BANDARAYA MELAKA 4 Mac – Seramai 18 delegasi dari Padang, Indonesia mengadakan lawatan akademik ke Universiti Teknologi MARA (UiTM) Bandaraya Melaka, baru-baru ini.

Ketua Pusat Pengajian Fakulti Perakaunan, Dr. Hamidah Bani berkata, program Pengantarabangsaan Lawatan Akademia dan Wacana Intelek Politeknik Padang itu turut dihadiri 30 pensyarah UiTM Melaka.

Katanya, program berlangsung itu bagi membincangkan isu-isu berkaitan dengan pendidikan dan perakaunan.

“Saya harap program ini dapat merapatkan hubungan dan memperluaskan kerjasama di antara kedua institusi, sekali gus membuka lebih banyak peluang kolaborasi penyelidikan dan penerbitan bersama.

“Ia banyak memberi manfaat kepada peserta bagi memberi peluang pensyarah bertukar-tukar pendapat dan kepakaran dalam bidang itu,” katanya.

Pada program itu, satu Memorandum Persefahaman (MoU) turut diadakan bagi perancangan jangka masa panjang kepada hubungan dua hala kedua institusi berkenaan.

CATEGORIES