Dua jet pejuang India ditembak jatuh

Dua jet pejuang India ditembak jatuh

ISLAMABAD (PAKISTAN) 27 Feb. – Pakistan menembak jatuh dua jet pejuang India hari ini, kata jurucakap tentera Pakistan, Mejar Jeneral Asif Ghafoor.

Serangan itu, sehari selepas jet pejuang India melakukan pengeboman dalam ruang udara Pakistan buat pertama kali sejak perang 1971.

Pesawat pejuang India merempuh ruang udara Pakistan Rabu lalu, selepas Pakistan melakukan enam serangan udara di Kashmir, India.

“Ini bukan serangan balas, tetapi untuk memberitahu bahawa Pakistan mempunyai keupayaan, kita boleh lakukan, tapi kita mahu bertanggungjawab, kita tak mahu peningkatan, kita tidak mahu berperang,” katanya pada sidang media.

Salah satu pesawat telah jatuh dalam Kashmir yang ditadbir India, manakala yang kedua jatuh di wilayah Pakistan, katanya.

Jurucakap Kementerian Pertahanan India belum dapat dihubungi bagi memberi maklum balas mengenai serangan tersebut.

Sementara, pegawai polis di wilayah Kashmir dikuasai India berkata, dua juruterbang India dan seorang orang awam terbunuh selepas sebuah pesawat pejuang udara terhempas di Kashmir, namun masih belum mengesahkan sama ada ia ditembak jatuh oleh tentera Pakistan. – AGENSI

 

CATEGORIES