Dua persimpangan jimat masa 20 minit

Dua persimpangan jimat masa 20 minit

AYER KEROH 4 Mac. – Rakyat di negeri ini dapat menjimatkan masa perjalanan 20 minit melalui Projek Menaiktaraf Jalan Ayer Keroh ke Bandar Melaka di dua Persimpangan Peringgit dan MITC.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, penjimatan masa itu adalah 10 minit bagi setiap persimpangan dari Ayer Keroh menuju ke Bandar Melaka.

MOHD Anuar, Adly merasmikan Projek Menaiktaraf Jalan Ayer Keroh Ke Bandar Melaka (Fasa 1: Persimpangan Peringgit dan MITC) di Jalan Tasik Ayer Keroh, tengah hari tadi.

Menurutnya, ia sekali gus memberi kemudahan kepada pelancong mahupun rakyat di negeri ini khususnya pada waktu puncak atau hujung minggu.

“Dengan adanya dua ‘flyover’ di persimpangan itu, ia memberi impak besar kepada negeri Melaka kerana ia pintu utama masuk ke negeri ini.

“Dua persimpangan ini merupakan laluan utama yang sering menjadi rungutan pengguna jalan raya terutama pada musium cuti dan waktu puncak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Projek Menaiktaraf Jalan Ayer Keroh Ke Bandar Melaka (Fasa 1: Persimpangan Peringgit dan MITC) di Jalan Tasik Ayer Keroh, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Menteri Kerja Raya, Mohd Anuar Mohd Tahir; Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab; Exco Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan, Kerk Chee Yee.

Jelasnya, pembukaan dua ‘flyover’ tersebut pada 11 Februari lalu memberikan keselesaan kepada masyarakat, sekali gus menyuraikan kesesakan lalu lintas di negeri ini.

“Kerajaan negeri akan terus melihat segala keperluan di negeri ini terutama melibatkan lalu lintas dan isu-isu memfokuskan kepada rakyat.

“Ini termasuk sebahagian lampu isyarat yang akan dijadikan lampu isyarat pintar bagi menyuraikan trafik di Negeri Melaka,” katanya.

CATEGORIES
TAGS