DUN Durian Tunggal beri khidmat terbaik pada rakyat

Rakyat diutamakan

DUN Durian Tunggal beri khidmat terbaik pada rakyat

DURIAN TUNGGL 3 Feb – Mesyuarat Jawatankuasa dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Durian Tunggal bersama agensi kerajaan diadakan bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal, Datuk Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, ia termasuklah bagi menyelesaikan isu-isu yang dihadapi rakyat di DUN itu.

“Antara yang kita bangkitkan ialah isu denggi, isu haiwan liar seperti babi, monyet dan anjing, isu pembangunan luar bandar, isu longkang, jalan raya dan sebagainya.

“Selain berbincang kerjasama antara agensi kerajaan dengan Japerun dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mengenai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang boleh dilaksanakan agensi kerajaan,” katanya kepada MelakaKini.

Mohd Sofi berkata, mesyuarat itu menjadi forum bulanan di DUN tersebut sekali gus menyelesaikan isu berbangkit demi kesejahteraan penduduk setempat.

CATEGORIES