Dunia harus bertindak terhadap Myanmar – Sofi

Dunia harus bertindak terhadap Myanmar – Sofi

SUU Kyi dituntut mengambil tindakan menyelesaikan isu kemanusiaan di Myanmar.

AYER KEROH 5 Okt. – Isu etnik Rohingya bukan sesuatu yang asing, malah krisis itu mendapat simpati ribuan rakyat Malaysia.

Ianya dengan pelbagai bantuan dihulurkan termasuk dari pihak NGO dan kepada pelarian di Myanmar mahupun Bangladesh sehinggalah kepada sumbangan kepada mereka yang berada di Malaysia.

Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Melaka, Mohd Sofi Wahab berkata, Malaysia masih ke hadapan dalam memberi bantuan dan perlindungan kepada etnik ini.

Katanya, atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan Islam, namun ianya akan menjadi sia-sia jika negara asal mereka iaitu Myanmar masih tidak mengiktiraf dan melaksanakan ‘ethnic cleansing’ iaitu pembersihan etnik kepada rakyat Rohingya.

Ujarnya, Myanmar di bawah pimpinan Aung San Suu Kyi masih meneruskan agenda pembunuhan besar-besaran tersebut.

Walaupun telah berjaya mengambil alih negara itu dari pemerintahan junta tentera pada 2011 yang menuntut harapan bagi seluruh dunia.

Jelasnya, ianya supaya Pemegang Anugerah Noble Kemanan itu memberikan pembelaan kepada semua rakyat Myanmar termasuk Rohingya.

“Satu dunia telah mendesak supaya penindasan ke atas Rohingya dihentikan, kewarganegaraan diberikan kepada mereka supaya permasalahan ini boleh diselesaikan dengan baik.

“Namun, Suu Kyi masih tidak melayan segala desakan dan terus berdiam seolah-olah menyetujui segala yang berlaku ke atas masyarakat muslim ini.

“Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah bersuara tentang tindakan zalim ini termasuk juga pemimpin dalam ASEAN pada 2017.

“Terbaharu ialah tindakan Kanada dalam menarik balik segala keistimewaan negara terbabit terhadapnya dan juga kecaman Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada Suu Kyi di hadapan semua pimpinan dunia.

“Saya berpendapat dunia harus mengambil tindakan ke atas Suu Kyi bagi menyelesaikan isu kemanusiaan yang semakin membimbangkan di sana.

“Manakala dunia juga harus faham, lambakan pelarian di sesebuah negara juga akan mempengaruhi masyarakat dan ekonomi sesebuah tempat jika tidak ada pengurusan dari pihak kerajaan tempatan dan kerajaan luar.

“Besar harapan saya isu Rohingya dan Suu Kyi ini dapat diselesaikan, sekali gus menjaga hak kemanusiaan bagi pelarian Rohingya yang bertebaran di seluruh dunia sekarang ini,” katanya yang juga Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Kemudahan Awam.

CATEGORIES
TAGS